Monday, January 31, 2011

Dapatkan kemasan halus bak sutera...

Mary Kay Mineral Powder Foundation  8g  RM 70


Bedak penyempurna kulit ini dengan mudah sahaja menghapuskan ketidaksempurnaan. Bedak asas mineral yang terkenal dengan faedah penyerap minyak,ringan, boleh ditokok dan tahan pindah memberi anda litupan yang sempurna.

Pilihan warna yang bersesuaian sila klik

*Brush dijual secara berasingan..

Mineral Foundation Brush  RM 65

Berus Mineral Foundation direka khusus untuk bertindak dengan bedak asa dan memberikan kemasan sempurna yang diharapkan pelanggan anda. Bulu berusnya begitu lembut, bulu semulajadi yang memegang jumlah bedak yang tepat, menyebarkannya secara rata apabila pelanggan anda menyapu dan memutarkannya. Bulu berusnya juga lebih pendek dan rata di hujung supaya boleh mendapatkan paras perlindungan yang tersendiri secara mudah. Selain itu pemegangnya dalam saiz yang tepat untuk kawalan maksimum. Tiada berus lain yang dapat menandinginya dalam memberikan hasil penggunaan yang optimum.

*Berus ini diperbuat daripada bulu kambing..

Mary Kay Loose Powder  21g  RM 65

Formula selembut sutera bertekstur halus tanpa talkum, membantu memastikan mekap kekal segar sepanjang hari. Ia mengawal minyak berlebihan dan kilat yang tidak diingini tanpa mengeringkan kulit. Disediakan dalam lima rona sejati untuk dipadankan dengan rangkain tona kulit yang luas. klik di sini

Apakah yang menjadikan Mineral Powder Foundation berbeza daripada bedak muka yang lain..?
MK Mineral Powder Foundation ialah bedak asas dalam bentuk serbuk. Formula ringan ini berpadu untuk mendapatkan kemasan sempurna dan meratakan tona kulit sambil memberikan perlindungan selapis demi selapis dengan bedak sehalus sutera. Ia tahan pindaan dan akan kekal kemas sepanjang hari. Bedak muka padat atau bedak muka biasa yang lain biasanya memberikan kemasan bersinar atau faedah mengawal kilat tetapi tidak memberikan kemasan atau faedah bedak asas yang sebenar.

Bagaimanakah Mary Kay Mineral Foundation secara khususnya berbeza daripada Mary Kay Loose Powder?
Sebagai tambahan kepada perbezaan biasa yang tersebut di atas, Mary Kay Mineral Powder Foundation mengandungi peratusan mineral yang lebih tinggi berbanding bedak muka kami (loose powder). Dan fungsi utama bedak muka kami adalah untuk mengawal minyak yang berlebihan serta menetapkan mekap yang sempurna.

Untuk kekal menawan...

 Intense Moisturising Cream  51g  RM 125

Menjadikan kulit anda berasa dihidratkan sehingga 10 jam apabila ia menyeduh kulit dengan ekstrak marin, vitamin E dan mineral yang membantu menyuburkan kulit. Amat sesuai untuk kulit kering..


Oil-Free Hydrating Gel  51g  RM 125

Terserap segera, mengembalikan keseimbangan lembapan kulit dan menghidrat sehingga 10 jam. Idea untuk kulit normal hingga berminyak.

Sunday, January 30, 2011

Dalam masa 3 hari kulit mudah diserang akne akan beransur pulih..

Anda mengimpikan kulit yang jernih. Hari demi hari anda mendapati akne itu merenung anda kembali di balik cermin. Anda tidak keseorangan. Wanita dari semua peringkat umur menderita akibat akne yang berterusan. Mengapa? dan apa yang boleh dilakukan terhadapnya? Mary Kay System for Acne-Prone Skin:
  • Mengelakkan pori daripada tersumbat
  • Membantu mengurangkan minyak berlebihan.
Jika anda menghidap akne, anda mahukan hasil yang cepat. Dirumus dengan 2% asid salisilik produk ini menembusi pori untuk membersihkan minyak dan dakiyang terperangkap, membantu menghapuskan kecelaan akne dan mengawal minyak berlebihan. Produk ini juga mengandungi bahan botani supaya kulit jernih yang anda impikan akan menjadi realiti.



Rangkaian produk terdiri daripada:
  • Clarifying Cleanser 127g  RM 70
  • Pore Purifying Serum 50g  RM 80
  • Spot Solution 29g  RM 70
  • Body Spray for Acne-Prone Skin 118ml  RM 80-Ia menyasarkan sel kulit mati dan menanggalkannya sambil membantu mencegah kejadian kecelaan baru supaya kulit kelihatan lebih sihat. Dari bahu hingga ke bahagian belakang, dada hingga kaki, semburan yang menyegarkan, cepat kering ini boleh diterbalikkan atau dengan apa jua kedudukan untuk meliputi bahagian yang sukar dicapai. Semburan ini juga mengandungi bahan botani penenang, Canadian willow herb, sea heather dan burdock root.
Inilah yang mereka kata:
  • 90 % mengatakan ia membantu mengawal minyak dan kilat muka
  • 84 % mengatakan ia menenangkan kulit
  • 80 % mengatakan ia membantu mengecilkan pori

Saturday, January 29, 2011

Hapuskan kekusaman, miliki wajah ceria berseri!

Mary Kay Malacep Whitening System telah dirumas khas untuk kulit orang Asia bagi membantu meneutralkan elemen yang menyebabkan nada kulit anda kelihatan tidak sekata dan tidak bermaya. Kami telah menguji sistem ini ke atas lebih 400 wanita orang Asia dan meminta mereka memberitahu kami faedah yang telah disaksikan mereka setelah menggunakan produk ini. Yang berikut ini ialah apa yang diperkatakan mereka semasa kajian pengguna yang mendalam ini dijalankan:
  • 91% menyaksikan kulit mereka bertambah berseri dan bertambah elok secara keseluruhan.
  • 88% menyaksikan kulit mereka bertambah cerah dan nada kulit lebih sekata.
  • 78% menyaksikan kulit mereka kembali jernih.
.

Terdiri daripada:

Mary Kay Malacep Whitening System Foaming Cleanser 100g  RM 120
Foaming Cleanser-Formula berkrim ini bercampur dengan air untuk menghapuskan kotoran dan minyak berlebihan secara lembut.

Mary Kay Malacep Whitening System Mask 85g   RM 160
Mask-Masker kaya lembapan ini menjadikan kulit kelihatan lebih cerah dan berasa lebih lembut dan licin.


Mary Kay Malacep Whitening System Freshner 100ml  RM 120
Freshner-Penyegar lembut ini menanggalkan sisa kotoran, menjadikan kulit berasa segar dan halus.

Mary Kay Malacep Whitening System Dark Spot Serum 9.5ml  RM 170
Dark Spot Serum-Pembungkusan dengan bebuli penggelek memudahkan serum jernih ini disapu terus pada bintik hitam, mengurangkan ketaraannya dalam jangka panjang. Formula yang amat berkesan namun ringan ini mengandungi askorbil glukosida.

Mary Kay Malacep Whitening System Essence 30ml RM 230
Essence-Serum yang cepat meresap ini membantu mengembalikan kejernihan. Pembungkusan yang inovatifnya memastikan formula yang mengandungi askorbil glukosida berada di dalam persekitaran kedap udara untuk mengekalkan keberkesanannya.

Mary Kay Malacep Whitening System Day Moisturiser with SPF 15 30ml   RM 170
Day Moisturiser with SPF 15 -Melindungi kulit anda daripada dedahan UV dengan formula ringan, melembapkan yang mengandungi askorbil glukosida. Potensi formula ini tersimpan di dalam pam kedap udara.

Mary Kay Malacep Whitening System Night Cream 30ml  RM 170
Night Cream-Belailah kulit anda dengan krim mewah ini ketika anda tidur. Formula yang mengandungi asskorbil glukosida ini menjadikan kulit berasa seimbang dan dilembapkan.

Thursday, January 27, 2011

Dapatkan 11 faedah penentang usia dalam satu sistem

TimeWise Miracle Set ialah satu rejimen terbukti yang direka khas untuk membawakan faedah penentang usia yang anda inginkan. Empat produk hebat dalam set ini memberikan faedah membersih, mengelupas, menyegar, menghidrat, melicin, menegang, melembut, melindungi, mencergas, membina semula dan mengurangkan garis halus dan kedutan. Semua ini direka untuk bertindak dengan keperluan kulit anda pada siang hari dan waktu malam untuk melawan tanda penuaan supaya kulit anda kelihatan lebih muda.

TimeWise Miracle Set merangkumi:
  • 3-In-1 Cleanser 127g RM 105 (terdapat formulasi untuk kulit normal/keringatau kombinasi berminyak).
  • Age-Fighting Moisturiser 88ml RM 115  (terdapat formulasi untuk kulit normal/keringatau kombinasi berminyak).
  • Day Solution Sunscreen SPF 25 29ml RM 150.
  • TimeWise Night Solution 29ml RM 150.

*TimeWise Age-Fighting Moisturizer with Sunscreen SPF 15-Losen canggih ini melindungi wajah anda daripada sinar UVA/UVB. Ia dirumus dengan kompleks antipenuaan berpaten TimeWise untuk membantu mengurangkan tanda penuaan yang sekata sambil menghidratkan kulit sehingga 10 jam. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Adakah anda terdorong oleh hasil keputusan?
Gunakan Set Miracle setiap hari dan anda akan nampak hasil seperti yang disaksikan oleh seorang ahli dermatologi pada ahli-ahlipanelnya selepas kajian klinikal selama 12 minggu:

  •  83% menunjukkan pengurangan garis halus dan kedutan.
  • sehingga 25% penambahbaikan dari segi keanjalan kulit.
  • 100% mempunyai kulit yang lebih lembut, lebih halus.
  • 4% penambahbaikan dari segi nada kulit yang lebih sekata.

Kecantikan daripada Bahan Botani

Setiap produk dalam MK Botanical Customized Skin Care Collection mengandungi kompleks ekslusif Bio-Enriched, sejenis sebatian ramuan berkhasiat termasuk ginseng, buah delima dan oat. Setiap satunya dipilih atas cirinya yang memanfaatkan kulit. Terdapat 3 jenis set botani:

Formula 1- Kulit Kering
84% daripada wanita Asia berkulit kering yang mengambil bahagian dalam ujian mengalami kulit yang lebih lembut. Untuk kulit kering, hibiscus ditambah pada semua produk F1 untuk membantu melegakan ketidakselesaan rasa ketat dan kemerahan yang berkaitan dengan kulit kering.




Formula 2-Kulit Normal
94% daripada wanita Asia berkulit normal yang mengambil bahagian dalam ujian menyaksikan kulit mereka kelihatan sihat. Ekstrak tunas pokok bic ditambah pada semua F2 untuk menyokong keperluan kulit normal.






Formula 3-Kulit Berminyak
81% daripada wanita Asia berkulit berminyak yang mengambil bahagian dalam ujian mengalami kulit berada seimbang. Untuk kulit berminyak, witch hazel ditambah pada semua produk F3 untuk membantu menjernihkan kulit.



Pecahan produk:-

* Cleanser 1, 2 & 3 113ml    RM 65
* Mask 1, 2,& 3 113g          RM 75
* Freshner 1, 2 & 3 150ml    RM 65
* Moisturiser 1 85g ,2 &3 118ml RM 80

Misi Mary Kay

Mary Kay Ash membangunkan syarikatnya berasaskan nilai-nilai teras. yang pertama ialah Golden Rule: Layani orang lain seperti mana yang anda ingin dilayani. Yang kedua merupakan prinsip keutamaan yang dipegang teguh oleh Mary Kay;"Keutamaan saya ialah kepercayaan kepada tuhan, diikuti dengan keluarga dan kerjaya di tempat ketiga" kata Mary Kay.

Impiannya adalah untuk memberi wanita peluang yang tidak terbatas demi mencapai kejayaan peribadi dan kewangan. Keperihatinannya terhadap wanita dan keluarga mereka serta falsafahnya yang suka memberi kepada orang lain telah melonjakkan nama Mary Kay Inc. sebagai "Sebuah Syarikat yang Penyayang". Beliau telah dianugerahi banyak anugerah yang berprestij, termasuk gelaran Usahawan wanita Terulung dalam sejarah Amerika.

Semuanya bermula di sini..

"Kit Permulaan merupakan kunci kejayaan anda-masa untuk keluarga anda, jaminan kewangan, masa depan yang teruja, perkembangan peribadi, peluang perniagaan yang integriti dan gembira tanpa dicurigai"-Mary Kay Ash

Dengan hanya RM 180 anda boleh memiliki Kit Permulaan ini. Ianya mengandungi produk2 MK dan bimbingan langkah demi langkah untuk memperkenalkan kecantikan MK kepada semua wanita.

Jadi, berbual dengan Perunding Kecantikan Bebas hari ini dan mengetahui apa yang MK boleh menawarkan kepada anda.

Apa yang akan anda perolehi hanya dengan RM 180?
1) Sebuah beg tote yg menarik
2) Timewise 3 in 1 cleanser combination to oily RM105.00
3) Timewise Moisturizer combination to oily RM115.00
4) 2 botol foundation Ivory 200 & Beige 304, RM60.00 setiap satu
5) 3 keping cermin
6) katalog produk
7) Segala tools utk membantu dlm perniagaan Mary kay

dan semua di atas sebenarnya berjumlah hampir RM 500..!!

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Waduhh..tajuknya bikin gempak! Bukan cinta cintun yang gitu2 tu yer. ni cinta pada produk mary kay yang saya kenal bertahun2 lamanya tetapi baru sekarang berada dalam genggaman. kenapa baru sekarang? kerana dulu saya buat perhitungan yang silap..silap kerana baru sekarang benar2 yakin dengan diri sendiri terhadap produk MK ni..kalau la dari dulu saya mencubanya sudah tentu sekarang saya miliki kulit yang lebih mulus.

Kalau nak dikira penglibatan saya dengan MK ni baru saja bermula. tetapi kepuasan yang saya kecapi tidak terhingga..apa yang diimpikan berjaya direalisasikan tanpa banyak halangan. kisah yang lama2 usah dikenang..cuma yang menjadi target saya sekarang ialah terus maju dan maju bersama MK. Inilah kepuasan saya yang sebenar..

kalau nak dikira, dari zaman sekolah saya sudah meminati dunia kecantikan..berangan2 hendak memiliki salon kecantikan sendiri..ingin wajah mulus tanpa cacat cela persis model yang mengalun langkah di pentas peragaan. tapi siapa diri ini..kenapa saya berkata sedemikian? kerana saya tidak punya apa2..wang, bakat, pengalaman..agrrhh...bayangkan untuk mengikuti satu2 kursus kecantikan ianya memerlukan pelaburan yang banyak..ongkosnya tinggi maa..hehe..mana la saya mampu..paling murah pun sekitar RM 200/300 untuk kursus sehari..lama-kelamaan minat itu berkubur begitu sahaja.

tetapi dengan MK ianya menjadi mudah..kerana sebelum kita membeli apa2 produk MK, beauty consultant (BC) akan memberikan kita rawatan muka secara percuma..siapa nak bagikan..dan apabila kita menjadi keluarga MK kursus2 yang bakal dianjurkan dapat kita hadiri dengan mudah..tanpa banyak halangan. cuma ianya memerlukan komitmen yang tinggi la..

erm..saya tak nak bercerita panjang. cuma apa yang menjadi harapan saya ialah nak fokus dalam dunia ni kerana inilah yang saya cari2 selama ini. semoga Allah memberkati dan permudahkan laluan untuk terus berjaya bersama MK..insyaallah..

Katalog Mary Kay

Anggun dan jelita bersama Mary Kay..berminat untuk mendapatkan produk Mary Kay? Skincare, Bodycare, Cosmetic,...semuanya ada di sini..kalau berminat klik Mary Kay