Thursday, January 27, 2011

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Waduhh..tajuknya bikin gempak! Bukan cinta cintun yang gitu2 tu yer. ni cinta pada produk mary kay yang saya kenal bertahun2 lamanya tetapi baru sekarang berada dalam genggaman. kenapa baru sekarang? kerana dulu saya buat perhitungan yang silap..silap kerana baru sekarang benar2 yakin dengan diri sendiri terhadap produk MK ni..kalau la dari dulu saya mencubanya sudah tentu sekarang saya miliki kulit yang lebih mulus.

Kalau nak dikira penglibatan saya dengan MK ni baru saja bermula. tetapi kepuasan yang saya kecapi tidak terhingga..apa yang diimpikan berjaya direalisasikan tanpa banyak halangan. kisah yang lama2 usah dikenang..cuma yang menjadi target saya sekarang ialah terus maju dan maju bersama MK. Inilah kepuasan saya yang sebenar..

kalau nak dikira, dari zaman sekolah saya sudah meminati dunia kecantikan..berangan2 hendak memiliki salon kecantikan sendiri..ingin wajah mulus tanpa cacat cela persis model yang mengalun langkah di pentas peragaan. tapi siapa diri ini..kenapa saya berkata sedemikian? kerana saya tidak punya apa2..wang, bakat, pengalaman..agrrhh...bayangkan untuk mengikuti satu2 kursus kecantikan ianya memerlukan pelaburan yang banyak..ongkosnya tinggi maa..hehe..mana la saya mampu..paling murah pun sekitar RM 200/300 untuk kursus sehari..lama-kelamaan minat itu berkubur begitu sahaja.

tetapi dengan MK ianya menjadi mudah..kerana sebelum kita membeli apa2 produk MK, beauty consultant (BC) akan memberikan kita rawatan muka secara percuma..siapa nak bagikan..dan apabila kita menjadi keluarga MK kursus2 yang bakal dianjurkan dapat kita hadiri dengan mudah..tanpa banyak halangan. cuma ianya memerlukan komitmen yang tinggi la..

erm..saya tak nak bercerita panjang. cuma apa yang menjadi harapan saya ialah nak fokus dalam dunia ni kerana inilah yang saya cari2 selama ini. semoga Allah memberkati dan permudahkan laluan untuk terus berjaya bersama MK..insyaallah..

No comments:

Post a Comment