Thursday, January 27, 2011

Misi Mary Kay

Mary Kay Ash membangunkan syarikatnya berasaskan nilai-nilai teras. yang pertama ialah Golden Rule: Layani orang lain seperti mana yang anda ingin dilayani. Yang kedua merupakan prinsip keutamaan yang dipegang teguh oleh Mary Kay;"Keutamaan saya ialah kepercayaan kepada tuhan, diikuti dengan keluarga dan kerjaya di tempat ketiga" kata Mary Kay.

Impiannya adalah untuk memberi wanita peluang yang tidak terbatas demi mencapai kejayaan peribadi dan kewangan. Keperihatinannya terhadap wanita dan keluarga mereka serta falsafahnya yang suka memberi kepada orang lain telah melonjakkan nama Mary Kay Inc. sebagai "Sebuah Syarikat yang Penyayang". Beliau telah dianugerahi banyak anugerah yang berprestij, termasuk gelaran Usahawan wanita Terulung dalam sejarah Amerika.

No comments:

Post a Comment