Monday, January 31, 2011

Dapatkan kemasan halus bak sutera...

Mary Kay Mineral Powder Foundation  8g  RM 70


Bedak penyempurna kulit ini dengan mudah sahaja menghapuskan ketidaksempurnaan. Bedak asas mineral yang terkenal dengan faedah penyerap minyak,ringan, boleh ditokok dan tahan pindah memberi anda litupan yang sempurna.

Pilihan warna yang bersesuaian sila klik

*Brush dijual secara berasingan..

Mineral Foundation Brush  RM 65

Berus Mineral Foundation direka khusus untuk bertindak dengan bedak asa dan memberikan kemasan sempurna yang diharapkan pelanggan anda. Bulu berusnya begitu lembut, bulu semulajadi yang memegang jumlah bedak yang tepat, menyebarkannya secara rata apabila pelanggan anda menyapu dan memutarkannya. Bulu berusnya juga lebih pendek dan rata di hujung supaya boleh mendapatkan paras perlindungan yang tersendiri secara mudah. Selain itu pemegangnya dalam saiz yang tepat untuk kawalan maksimum. Tiada berus lain yang dapat menandinginya dalam memberikan hasil penggunaan yang optimum.

*Berus ini diperbuat daripada bulu kambing..

Mary Kay Loose Powder  21g  RM 65

Formula selembut sutera bertekstur halus tanpa talkum, membantu memastikan mekap kekal segar sepanjang hari. Ia mengawal minyak berlebihan dan kilat yang tidak diingini tanpa mengeringkan kulit. Disediakan dalam lima rona sejati untuk dipadankan dengan rangkain tona kulit yang luas. klik di sini

Apakah yang menjadikan Mineral Powder Foundation berbeza daripada bedak muka yang lain..?
MK Mineral Powder Foundation ialah bedak asas dalam bentuk serbuk. Formula ringan ini berpadu untuk mendapatkan kemasan sempurna dan meratakan tona kulit sambil memberikan perlindungan selapis demi selapis dengan bedak sehalus sutera. Ia tahan pindaan dan akan kekal kemas sepanjang hari. Bedak muka padat atau bedak muka biasa yang lain biasanya memberikan kemasan bersinar atau faedah mengawal kilat tetapi tidak memberikan kemasan atau faedah bedak asas yang sebenar.

Bagaimanakah Mary Kay Mineral Foundation secara khususnya berbeza daripada Mary Kay Loose Powder?
Sebagai tambahan kepada perbezaan biasa yang tersebut di atas, Mary Kay Mineral Powder Foundation mengandungi peratusan mineral yang lebih tinggi berbanding bedak muka kami (loose powder). Dan fungsi utama bedak muka kami adalah untuk mengawal minyak yang berlebihan serta menetapkan mekap yang sempurna.

No comments:

Post a Comment